MPSJ dalam kenyataannya berkata, kayuhan sejauh 20 kilometer itu turut disertai oleh Ahli Parlimen Subang Jaya, Wong Chen; Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd. Zulkurnain Che Ali serta Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin.

“Program ini bertujuan mempromosikan kempen cegah jenayah bersama polis dalam kalangan masyarakat khususnya warga Subang Jaya.

“Ini juga dapat mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat selain mewujudkan usaha bersama ke arah pembentukan bandar selamat,” katanya di sini hari ini.

Program kayuhan itu melalui beberapa kawasan Subang Jaya seperti USJ 7, 14, 20, 24 dan Putra Bahagia yang bermula dan tamat di Kompleks Beli-Belah The Summit. - UTUSAN ONLINE