Majlis bertemakan Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi yang bermula pada pukul 2 petang itu disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Sri Syed Hussien Alhabshee.

Dalam majlis itu, dua orang guru terpilih sebagai Penerima Anugerah Tokoh Guru Terbaik bagi peringkat menengah dan rendah.

Sementara sebanyak 31 orang guru dari sembilan institusi pendidikan MAIWP pula menerima anugerah mengikut kategori antaranya Anugerah Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran, Anugerah Pengurusan Tadika Islam Terbaik dan Anugerah Tadika Islam Terbaik Keseluruhan. - UTUSAN ONLINE