Lebih bermakna apabila program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin dan serentak dengan itu, menerima sandang kehormat yang diberi nama Mahkota Cula Pelangi.

Pertubuhan itu dalam satu kenyataan berkata, majlis yang memelihara adat melayu dalam PSSGMK itu diisi dengan aksi persembahan silat anak-anak gayong singa Malaysia yang berumur dari tujuh tahun hingga peringkat universiti.

"Gelanggang Singa Malaysia yang dipimpin oleh Rasol Abd. Ghani dan kini diambil alih muridnya iaitu Muhammad Naim dengan dibantu oleh Muhammad Naufal, Wan Abdul Wafi, Wan Abdul Faliq, Mohd. Azim kini mempunyai seramai 60 orang murid.

"Gelanggang yang dibuka pada 2008 ini telah berjaya melahirkan jaguh silat, wira atau pendekar cilik termasuk srikandi remaja dan kanak-kanak sehingga ada yang menempa nama di peringkat universiti," katanya.

Selain penyampaian kepada 47 penerima, majlis turut menyaksikan pemakaian sandang adat PSSGKM kepada tiga penerima iaitu Aboo Hassan Maiden, Mohd. Kholel Manaf dan Mohd. Rani Hisham Samsudin yang masing-masing diberi nama Seri Cula Pelangi, Bintang Cula Pelangi dan Mahkota Cula Pelangi. - UTUSAN ONLINE