Program yang dianjurkan di bawah Jawatankuasa Persijilan Tourism Productivity Nexus (TPN) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Pengerusi TPN, Uzaidi Udanis berkata, pihak terlibat dalam industri pelancongan ini dapat meningkatkan kualiti yang standard ke arah lebih tinggi.

“Mereka boleh merangka standard ke peringkat yang lebih tinggi seperti Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA), program persijilan antarabangsa dan persijilan ISO.

“Kami membangunkan program ini supaya produktiviti dan perkhidmatan pelancongan mempunyai standard sama bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,” katanya ketika di temui di Majlis pelancaran Tourism Excellence (MaTex) Program Persijilan Perniagaan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Inisiatif Persijilan Pelancongan, Datuk Noor Zaleha Baharuddin dan Pengarah Pejabat Pengurusan Penyampaian MPC, Zahid Ismail. - UTUSAN ONLINE