Larian yang bermula pada pukul 7 pagi itu dibahagikan kepada kategori lelaki, wanita dan berkeluarga dengan jarak larian masing-masing sejauh lima kilometer.

Program bersempena sambutan Hari Pekerja itu antara lain bertujuan mengumpul dana bagi membantu empat pertubuhan amal iaitu Persatuan Sindrom Willi Malaysia, Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia, Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia dan Malaysia Metabolic Society.

Yang turut hadir, Pengarah HKL merangkap Presiden Kelab Sukan HKL, Dr. Herric Corray.

Selain larian, program turut diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya saringan pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, jualan dan pameran oleh agensi dan pertubuhan bukan kerajaan. - UTUSAN ONLINE