"Pendakian yang mengambil masa dua hari itu berjaya disempurnakan tanpa mengalami masalah tidak diingini.

"Walaupun suhu sejuk, tetapi cuaca amat baik dan tidak hujan. Pemandangan pula kurang berkabus, sekali gus memberikan bonus kepada kami untuk mendaki ke puncak dengan jayanya," kata ketua ekspedisi, Muhamad Zaini Abu Bakar kepada Utusan Online.

"Dalam pada itu, Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, banyak yang boleh dipelajari dalam ekspedisi mendaki Gunung Fuji kali ini.

“Antaranya pengalaman untuk meningkatkan taraf pelancongan sukan pendakian dan rekreasi agar dapat menarik minat pelancong serta pendaki luar negara bagi mencuba dan mendaki gunung-gunung di Malaysia terutama Gunung Kinabalu di Sabah,” katanya.

Mengulas aspek pendakian katanya, kesemua pendaki berjaya turun semula ke Stesen Lima pada pukul 7 petang dan selamat tiba di tempat penginapan.

Misi KE7B Petronas Fuji 2019 adalah satu ekspedisi yang dianjurkan oleh pengendali-pengendali stesen minyak Petronas bagi menyahut cabaran pendakian serta mempelbagaikan aktiviti pasukan. - UTUSAN ONLINE