Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, lesen itu dikeluarkan khusus untuk penjaja yang menjual makanan dan minuman secara ‘take away’ sahaja.

“Setakat ini, DBKL menerima lebih dari 500 permohonan yang sedang diproses untuk pertimbangan. Diharapkan, pengeluaran lesen ini dapat membantu warga kota menjana pendapatan sampingan mereka.

“Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berniaga dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula pukul 7 pagi hingga 10 pagi, 11 pagi hingga 2 petang dan pukul 4 petang hingga 7 petang,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Menara DBKL 1, hari ini. - UTUSAN ONLINE