Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, adalah mustahil untuk kerajaan negeri cuba menyekat perkara itu kerana soal perkahwinan merupakan hak peribadi rakyat.

Katanya, jika benar lelaki warga asing tersebut berkahwin kerana mahu tinggal lama di negara ini untuk berniaga, terpulang kepada agensi penguat kuasa sedia ada untuk menguatkuasakan undang-undang dan mengawal perkara itu. 

"Mana boleh kita sekat orang mahu kahwin. Kamu (wartawan) pun marah kalau orang halang kamu nak kahwin kan?

DATUK AHMAD YAKOB menyempurnakan pelancaran WiFi Percuma Kelantan di Medan Ilmu Kota Bharu hari ini.

DATUK AHMAD YAKOB menyempurnakan pelancaran WiFi Percuma Kelantan di Medan Ilmu Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE

"Bagi saya tidak ada alasan untuk kerajaan negeri mengawal atau menyekat rakyat berkahwin kerana ini hak masing-masing," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Imigresen mendedahkan, terdapat lelaki Pakistan berkahwin dengan wanita Kelantan hanya kerana mahu tinggal lebih lama di negara ini dan trend itu dikatakan semakin meningkat dengan kira-kira 400 pasangan dikesan di negeri ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, kerajaan negeri tidak akan membuat peraturan atau dasar baharu tidak masuk akal yang mengundang kemarahan rakyat seperti mengawal dengan siapa mereka dibenarkan berkahwin.

"Soal ikhlas atau tidak ikhlas berkahwin itu dalam hati, macam mana kita nak tentukan dia ikhlas atau tidak (berkahwin)," katanya. - UTUSAN ONLINE