Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, usaha tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat supaya masyarakat mendapat maklumat tepat dan tahu usaha dilakukan kerajaan.

“Saya sudah maklumkan pada Pegawai Daerah untuk uruskan perkara ini,” jawabnya menerusi aplikasi Whats App kepada Utusan Online sebentar tadi.

Beliau mengulas desakan penduduk di daerah ini yang mahukan sesi berkenaan diadakan kerana mahu mengetahui perkembangan keadaan pencemaran selain perancangan jangka panjang dan pendek kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE