Pengerusi majlis tersebut, A. Jalil Ahmad berkata, ini membuktikan Dr. Mahathir amat prihatin kepada bekas guru yang kini kebanyakkannya berusia di antara 70 sehingga 82 tahun.

Beliau berkata, kumpukan bekas penuntut tersebut merupakan lepasan maktab perguruan yang terawal ditubuhkan di negara dan telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis dalam mencurahkan khidmat bakti kepada anak bangsa.

"Kami terharu kerana pada satu masa Tun pernah menjadi Menteri Pendidikan dan memahami segala permasalahan yang dihadapi," katanya di sini hari ini.

Majlis Makan Malam sempena Pertemuan Semula X KBTC itu, dihadiri Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Menurut A. Jalil, sekarang hanya terdapat kurang daripada 100 orang bekas guru terlibat yang berkelulusan KBTC di seluruh negara bermula tahun 1958 hingga 1967.

"Mereka pernah menjalani kehidupan sebagai guru dan mempunyai pelbagai pengalaman pahit manis dalam tempoh antara 33-35 tahun memberikan perkhidmatan dalam bidang pendidikan.

"Daripada jumlah bekas penuntut yang ada kini ramai menghidap pelbagai penyakit kronik. Justeru, kami melancarkan kutipan untuk tabung itu bagi membantu mereka yang berkenaan," jelasnya. - UTUSAN ONLINE