Idris Che Din, 81, yang mengalami masalah nyanyuk dikatakan dilihat kali terakhir oleh penduduk pada pukul 3 petang kelmarin di sekitar perumahan itu.

Sehingga pagi ini, warga emas itu masih belum ditemukan.

Menurut anaknya, Siti Zulaiha, 25, sebelum ini, bapanya tidak pernah hilang walaupun mengalami masalah nyanyuk.

Katanya, mereka risau dengan keselamatan bapanya yang sudah tua itu dan berharap orang ramai dapat membantunya.

“Ayah mempunyai masalah ingatan dan mungkin lupa jalan pulang. Ini kali pertama ayah tidak pulang ke rumah,” katanya.

Siti Zulaiha berkata, laporan polis sudah dibuat pada pukul 10 pagi semalam.

Orang ramai yang melihat warga emas ini boleh menghubungi Siti Zulaiha di talian 0179457762 atau membuat laporan di balai polis berdekatan. - UTUSAN ONLINE