Wang tunai itu adalah sebahagian daripada sumbangan zakat berjumlah RM12, 300 yang disampaikan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kubang Kerian, Nik Aziz bin Hussain.

Menurut Nik Aziz, agihan zakat itu diharap mampu menggembirakan murid miskin dan membolehkan mereka membuat persiapan membeli pakaian raya.

“Ia sekurang-kurangnya meringankan bebanan atau menjadi modal tambahan keluarga masing-masing untuk membeli pakaian,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Yang turut hadir, Guru Besar SK Bukit Abal, Yasmi Sabri Yasim.

Yasmi ketika ditemui berkata, anak-anak miskin sekolah itu dianggap bernasib baik kerana terpilih sebagai penerima zakat bank berkenaan dalam satu jumlah yang ramai.

“Kebanyakan keluarga murid adalah petani dan sebahagiannya kerja kampung yang telah dikenal pasti oleh Jawatankuasa Kebajikan Sekolah mengenai status kehidupan mereka,” katanya. - UTUSAN ONLINE