Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun itu dikatakan baru sahaja keluar membeli barangan bersama suaminya di pasar tersebut.

Bagaimanapun ketika berjalan, sebuah kereta jenis Proton Waja dikatakan menghampiri mangsa dan suami yang berasal dari Tanjung Chat, Kota Bharu dari arah hadapan.

MANGSA (bulatan merah) berjalan di sisi jalan sebelum diragut suspek yang berada di dalam kereta.
MANGSA (bulatan merah) berjalan di sisi jalan sebelum diragut suspek yang berada di dalam kereta jenis Proton Waja. - UTUSAN ONLINE

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ab Rashid Mat Daud berkata, penumpang hadapan kereta itu yang memakai penutup muka dan topi dikatakan telah menghulurkan tangan keluar dari tingkap kenderaan itu untuk meragut beg mangsa.

“Lelaki dianggarkan berumur 20-an itu dikatakan menarik beg tangan mangsa yang berada di bahunya namun tidak terlepas menyebabkan mangsa diheret sejauh kira-kira meter,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambahya, suami mangsa terus mengejar isterinya yang sedang ditarik sambil menjerit mememinta tolong.

Katanya, orang ramai yang berada di sekitar terus membantu suami isteri terbabit.

“Kedua-dua suspek termasuk pemandu kereta terus meninggalkan tempat kejadian tanpa sempat melarikan beg tangan yang ingin diragut

“Pihak polis sedang giat mengesan suspek menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di beberapa premis yang merakam kejadian itu,” ujarnya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan merompak. - UTUSAN ONLINE