Pengurusnya, Kamaruzan Hussin berkata, perkongsian rezeki itu dilakukan dengan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah.

Menurutnya, idea untuk berkongsi rezeki dengan penghantar makanan itu timbul selepas ternampak perkhidmatan Grab Food ketika berkunjung ke ibu kota dua bulan lalu.

“Bertitik tolak dari situlah saya memperkenalkan perkhidmatan menghantar makanan menggunakan khidmat ‘runner’.

“Alhamdulillah, perkhidmatan yang diperkenalkan awal Ramadan lalu itu mendapat respon positif daripada para pelanggan’,” katanya.

Kamaruzaman memberitahu, kebanyakkan ‘runner’ yang berkerjasama dengan Restoran Pondok Kebaboom mengakui seronok dan berbaloi dengan kerja tersebut.

Katanya, setakat ini perkhidmatan penghantaran makanan itu sudah sampai ke Pasir Puteh dan Machang selain Kota Bharu, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas.

“Insya-Allah kami sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana ‘runner’ yang berminat untuk bersama kami.

“Adalah lebih baik, rezeki yang kami peroleh dikongsi bersama,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE.