Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan Azhari Azhari Nusi berkata, dalam tempoh tersebut, sebanyak 51 kes penyeludupan di sepanjang kawasan operasi bermula dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang telah berjaya dipatahkan.

Menurutnya, kesalahan membabitkan undang-undang berkaitan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan nilai rampasan tertinggi iaitu sebanyak RM385,453.60.

“Penyeludupan berkaitan dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merupakan kes kedua tertinggi dengan nilainrampasan berjumlah RM381,880,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas Op Wawasan antara PGA Batalion 7 Kuantan dengan PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol, di sini hari ini.

PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa diwakili Pegawai Pemerintah Superintanden Muhammad Shamsuddin.

Serah terima tugas tersebut disaksikan oleh Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisioner Khaled Che Lah.

Azhari dalam pada itu memberitahu, kejayaan rampasan itu adalah hasil kerja keras dan semangat berpasukan anggota.

“Kejayaan ini cukup membanggakan PGA Batalion 7,” katanya.-UTUSAN ONLINE