Wakil pesawah, Harun Hassan, 65, berkata, disebabkan itu mereka terpaksa berulang alik sejak lapan kilometer (km) melalui Kampung Alor Lenggok untuk ke kawasan sawah padi.

Menurutnya, sebelum ini, jarak untuk mereka berulang alik ke bendang hanyalah tiga km sahaja.

“Bila jarak bertambah, kami berdepan kesukaran untuk mengangkut padi benih dan baja untuk kerja-kerja disawah,” katanya di sini hari ini.

Harun memberitahu, para pesawah berharap pihak bertanggungjawab dapat turun padang dan membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut

Katanya, mereka hanya mampu melihat dari jauh kerana tidak mempunyai upaya untuk menyelesaikannya.

“Buat sementara waktu, jikalau pihak berkenaan dapat meratakan dahulu laluan ini sudah memadai," ujarnya. - UTUSAN ONLINE