Raduan Yaakob yang merupakan duda anak empat akan melangsung perkahwinannya dengan Nor Fatim Aisyah Mohd. Noor secara sederhana di kediaman bakal isterinya Kampung Banir Belekong, Pasir Puteh.

Kedua-dua mempelai itu menjemput 500 tetamu untuk hadir pada majlis resepsi mereka.

kahwin
 

Raduan ketika dihubungi Utusan Online berkata, dia telah meminang bakal isterinya dikenali sebagai Fatim pada bulan Jun lalu selepas berkenalan dalam tempoh lebih setahun.

Katanya, dia yang bersara awal mengenali Fatim ketika gadis tersebut bekerja dengannya yang mengusahakan perkhidmatan katering di dalam dan luar negeri ini.

“Saya mengenali Fatim pada 31 Ogos tahun 2017 lalu ketika membuat kerja-kerja katering di Kuantan, Pahang. Fatim ketika itu kerja sementara dengan saya selepas cuti peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM).

kahwin
 

“Masa di Kuantan, Fatim bersama keluarganya. Cinta berputik selepas saya berseloroh dengan dia dan ibu bapanya untuk menjadi teman hidupnya namun akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.

Tambahnya, dia dengan Fatim memang saling mencintai dan mungkin inilah yang dinamakan jodoh. - UTUSAN ONLINE