Program cetusan idea alumni sekolah itu berjaya menarik 2,824 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti dari seluruh negara termasuk Thailand dan Bangladesh.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Abdullah Mat berkata, pertandingan itu diadakan untuk menguji minda pelajar dalam ilmu matematik menerusi pertandingan yang besar.

“Kita harap melalui pendekatan yang menggunakan teknologi sebegini akan melahirkan pelajar yang kreatif dan mengunakan teknologi yang ada dengan cara yang betul.

SEBAHAGIAN pelajar sedang menjawab soalan dalam Pertandingan E-Matematik Terbuka Peringkat Antaraban

SEBAHAGIAN pelajar sedang menjawab soalan dalam Pertandingan E-Matematik Terbuka Peringkat Antarabangsa, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Nuraikha Sharipul Bahari

“Aktiviti ini juga sekali gus dapat menyahut saranan Kementerian Pendidikan yang mahu menggalakkan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar,” katanya kepada pemberita di SMK Zainab, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengetua SMK Zainab, Siti Hawa Muhamad dan Presiden Persatuan Alumni Sekolah Menengah Zainab (SEMENZA), Prof Dr Nik Maheran Nik Muhamad.

PENGETUA SMK Zainab, Siti Hawa Muhamad(dua dari kanan) menerima sijil pengiktirafan itu daripada wak

PENGETUA SMK Zainab, Siti Hawa Muhamad(dua dari kanan) menerima sijil pengiktirafan itu daripada wakil MBOR, Siti Hajar Johar(dua dari kiri) sambil diperhatikan Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Abdullah Mat (tiga dari kiri) dalam Pertandingan E-Matematik Terbuka Peringkat Antarabangsa di SMK Zainab, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Nuraikha Sharipul Bahari

Siti Hawa menerima sijil pengiktirafan itu daripada wakil MBOR, Siti Hajar Johar.

Abdullah berkata, pertandingan itu menggunakan sepenuhnya aplikasi dalam talian dan peserta dikehendaki menjawab sebanyak 15 soalan kuiz berpiawai antarabangsa dengan telefon pintar masing-masing dalam masa 30 minit. - UTUSAN ONLINE