Pesuruhjaya Pengakap daerah itu, Che Mazlan Che Hamid berkata, program yang dilaksanakan itu menepati ikrar persetiaan pengakap iaitu ‘menolong orang setiap masa’.

Beliau berkata, program tersebut menyasarkan 15 keluarga untuk dibantu sebelum menjelang hari raya.

“Dana sumbangan telah berjaya dikumpulkan daripada ahli sejak awal Ramadan lagi bagi membekalkan keperluan dapur, alat dandanan diri, bantal, selimut dan pemberian wang tunai kepada asnaf,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan penyampaian bantuan kepada warga emas, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Pasukan Latihan Pengakap Negeri, Mohd. Zulkifli Sulaiman bersama lebih 16 anggota Pengakap Kelana Mas.

CHE MAZLAN CHE HAMID (lima kiri) bersama anggota Pengakap Kelana Mas membantu warga emas dalam Progr

CHE MAZLAN CHE HAMID (lima kiri) bersama anggota Pengakap Kelana Mas membantu warga emas dalam Program Jom Raya Bersama di Pasir Mas, Kelantan, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Che Mazlan berkata, ziarah dari rumah ke rumah bagi fasa pertama ini diketuai pemimpin kelana mas, Hulaimi Salleh dan Mejar Rihesham Din.

Katanya, sebanyak sembilan rumah berjaya dilawati di sekitar Kampung Kasar, Kampung Tong, Kampung Lati, Kampung Paloh dan Kampung Bukit Jering.

“Sebelum ziarah dilaksanakan semua penerima telah pun dikenalpasti benar-benar layak hasil pemantauan ahli pengakap kelana mas sendiri.

“ Teladan ini boleh dicontohi badan pengakap lain kerana sepanjang bulan ibadat ini anggota pasukan Kelana Mas yang terdiri daripada ahli pelbagai kerjaya berjaya membela ibu tunggal, anak yatim, Orang Kurang Upaya, warga emas dan miskin tegar,” katanya. - UTUSAN ONLINE