Pengetuanya, Hamidah Mokhtar berkata, program yang diadakan dengan kerjasama Kedutaan Jepun dan Sekolah Tinggi Okayama Ryukoku Okaya itu memperkenalkan pelajar yang terlibat dengan tarian klasik negara tersebut.

Beliau berkata, beberapa orang pelajar didatangkan khas dari negara itu bagi mengajar tarian tersebut.

"Bermula hujung tahun 2018, mereka berhubung melalui aplikasi 'skype' untuk mengenali antara satu sama lain dan bertukar-tukar pandangan mengenai budaya hidup yang diamalkan", katanya di sini hari ini.

Pelajar-pelajar tersebut dibimbing oleh guru, Arata Yoda dari Sekolah Tinggi Okoyama Ryukoku dan Setiausaha Ko-Kurikulum SMK Tanjong Mas, Linida Ghazali.

Hamidah memberitahu, kemampuan pelajar SMK Tanjong Mas dalam tarian 'Bon Odori' dipertontonkan kepada kyalayak ramai sempena perasmian Taman Peringatan Jepun di Pengkalan Jepun baru-baru ini.

"Hubungan yang lebih erat antara dua sekolah akan terjalin melalui program pertukaran pelajar pada hujung tahun ini.

"Pelajar terlibat kini cuba meningkatkan kemahiran berkomunikasi supaya memahami budaya masyarakat itu apabila berkunjung ke Jepun nanti," katanya. - UTUSAN ONLINE