Guru Besar SK Dewan Beta, Sharuddin Mohamad berkata, seramai 42 murid PPKI terbabit menerima hamper sumbangan Syarikat Kosmetik Jamu Bonda serta duit raya sumbangan guru dan pembantu pengurusan murid PPKI sekolah itu.

Beliau berkata, ini adalah tahun ketiga syarikat kosmetik berkenaan menceriakan murid PPKI SK Dewan Beta dan berharap ia menjadi program berpanjangan pada masa hadapan.

“Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jamu Bonda yang masuk tahun ketiga menghulurkan sumbangan kepada murid kami dan berdoa semoga syarikat ini akan terus berjaya dan cemerlang.

GURU Besar, Sharuddin Mohamad menyampaikan hamper dan duit raya kepada salah seorang murid Program P

GURU Besar, Sharuddin Mohamad menyampaikan hamper dan duit raya kepada salah seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Dewan Beta di sekolah itu di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Kelas PPKI kami kini menjadi kelas angkat Jamu Bonda yang sentiasa menerima sumbangan dari semasa ke semasa bagi melengkapkan infrastruktur dalam kelas supaya proses pembelajaran berjalan lancar dan seronok.

“Saya berharap ada lagi pihak lain yang mencontohi usaha ini dan pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan jika mereka berminat,” katanya dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut di SK Dewan Beta, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas Jamu Bonda, Norzawani Che Omar.

Setiap murid mendapat hamper bernilai RM70 dan duit raya RM20 seorang.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Dewan Beta, Zaidee Jusoh berkata, murid PPKI sekolah itu berusia antara tujuh tahun sehingga 14 tahun.

Beliau berkata, antara masalah yang dialami murid-muridnya adalah disleksia, autisme, sindrom down, kurang upaya intelek, autisme, cerebral palsy dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

“Sepanjang bulan Ramadan ini, murid PPKI juga melaksanakan aktiviti solat hajat dan solat Dhuha serta mempelajari satu resepi baharu setiap hari,” katanya. - UTUSAN ONLINE