Lembu tersebut menjadi pilihan sekumpulan pembeli dari Kuala Lumpur untuk dikorbankan sebagai simbolik kepada pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.s.

Seorang penternak Abdul Hakki Che Ahmad, 35, berkata, baka itu menjadi pilihan disebabkan dagingnya yang lembut selain rasanya enak ketika dimasak.

"Lembu baka ini mampu mencapai berat sekitar 800 kilogram (Kg) dan sebab itu jugalah ia menjadi pilihan.

"Selain Amarican Brahman spesis lembu baka kacukan seperti Indulbrazil turut menjadi pilihan," katanya di sini hari ini.

Abdul Hakki memberitahu, kebanyakkan lembu-lembu yang dijual untuk Hari Raya Aidiladha mempunyai 'lesen' dan permit sah dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan.

"Jadi para pembeli tidak perlu risau kerana lembu-lembu ini semuanya sihat dan cukup syarat sebagaimana ditetapkan oleh syarak," ujarnya.

Katanya, dia turut membekalkan lembu-lembu untuk bekalan daging ke seluruh negara mengikut permintaan.

"Penduduk di negeri ini pula lebih menggemari baka kacukan Kelantan-Kedah untuk dijadikan sebagai haiwan korban.

"Baka itu menjadi pilihan disebabkan oleh faktor harganya yang murah dan berpatutan antara RM3,000 hingga RM3,500," katanya. - UTUSAN ONLINE