Pelepasan para peserta dari Dataran Bandaraya di sini telah disempurnakan Yang Dipertua MPKB-BRI, Ahmad Robert Abd Rahim. 

Yang turut hadir, Presiden PBNK, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani.

Para peserta dengan diiringi pihak polis dilepaskan kira-kira pukul 8.15 pagi melalui perjalanan sejauh 36 kilometer menuju Jalan Sultan Yahya Petra kemudian ke Pasir Hor dan Jalan Salor-Pasir Mas sebelum melintasi Wakaf Che Yeh dan ke Dataran Bandaraya semula.

Menurut Ahmad Robert, program itu adalah kerjasama sulung pihaknya dengan PBNK bertujuan memeriahkan sambutan menjelang Hari Kebangsaan dan juga bagi menarik kedatangan pelancong.

“Persiapan program ini walaupun dibuat dalam tempoh dua minggu sahaja tetapi kita bersyukur kerana peserta yang hadir bukan sahaja dari negeri ini tetapi juga Terengganu, Johor, Selangor, Kuala Lumpur malah Thailand,” katanya.

Hadiah-hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM 15,000 termasuk pakej umrah disediakan untuk para peserta.- UTUSAN ONLINE