Pengerusi KSB, Kapten (B) Wan Marzudi Wan Omar berkata, herba itu mendapat permintaan domestik yang tinggi dan kini hanya diusahakan secara besar-besaran di Terengganu dan Negeri Sembilan.

"Kami akan bekerjasama dengan Kolej Vokasional Pertanian Pasir Puteh, Jabatan Pertanian dan Fama untuk mendapatkan kepakaran mereka dalam menjayakan projek ini.

"Tanah yang terbiar telah dikenal pasti untuk ditebus guna bagi tujuan itu," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran KSB yang disempurnakan Pengerusi Bersatu Negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor di Kampung Sungai Petai, di sini hari ini.

 

Wan Marzudi berkata, sebagai permulaan, projek perintis tanaman herba itu akan melibatkan kawasan seluas satu hektar sebelum diperluas secara berperingkat.

Beliau dalam pada itu memberitahu, bagi 500 ahli KSB terawal, yuran keahlian adalah RM100 untuk seumur hidup, manakala ahli ke-501 ke atas adalah RM200 dan hasil kutipan yuran tersebut akan dijadikan sebagai aset modal saham KSB.

Sementara itu, Kamarudin pula menyarankan KSB merebut peluang menanam cili yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan, sekali gus mengurangkan kebergantungan bekalan dari luar negara.

Malah katanya, kejayaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang, di sini, muncul sebagai pembekal cili kulai utama bagi penghasilan sos untuk produk Nestle perlu dijadikan contoh. - UTUSAN ONLINE