Ketua Jajahan Pasir Mas Mohd. Anis Hussien berkata, pembukaan itu bagi memberikan kemudahan kepada pengguna di kawasan berkenaan termasuklah perantau.

Menurutnya, jejambat itu dijangka mampu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.

“Kita jangkakan kesesakan lalulintas ini akan bermula pada 2 hingga 6 Jun dan akan berlarutan sehingga akhir musim cuti perayaan.

“Bagaimanapun, tiada sebarang penutupan dan perubahan laluan dibuat disekitar bandar Pasir Mas,” katanya di sini hari ini.

Mohd Anis memberitahu, bulatan Lemal yang sebelum ini dalam pembinaan sudah boleh digunakan sepenuhnya.

Katanya, selain pusat bandar kesesakan dijangka berlaku di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang bermula di Lubok Jong.

“Kesesakan itu juga dijangka berlaku di Kompleks Imigresen, Kastam, Kua­rantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE