Timbalan Pengerusinya, Abdul Ghani Mat berkata, namun hanya kira-kira 2,000 orang sahaja yang aktif menjadi ahli pelbagai persatuan dan badan-badan sukarela.

Beliau berkata, kemungkinan setelah berkhidmat lebih 30 tahun, kini sampai masanya mereka berehat dan hanya memberi komitmen kepada keluarga.

"Selain itu, keadaan fizikal mereka yang semakin lemah dan tidak segagah dahulu juga membataskan pergerakan untuk terus aktif bersama masyarakat.

"Namun kita amat berharap mereka dapat menggunakan pengalaman yang dimiliki untuk atif membantu masyarakat dalam badan sukarela sekiranya masih berkemampuan kerana masyarakat masih memerlukan sumbangan mereka," katanta semasa berucap merasmikan sambutan Hari Kebangsaan dan Maal Hijrah 1441 di sini semalam.

Majlis anjuran Persatuan Pesara Pegawai Pekhidmatan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia daerah Kota Bharu itu dihadiri kira-kira 100 pesara guru.

Menurut Abdul Ghani, bagaimana pun pihaknya mengesan ramai daripada mereka yang kini menjadi ahli jawatankuasa masjid di kampung masing-masing dan terlibat dalam aktiviti setempat .

"Sekurang-kurangnya mereka menggunakan pengalaman semasa berkhidmat untuk memajukan kampung masing-masing.

"Ramai daripada kalangan pesara yang selesa dengan kehidupan terkini bersama anak-anak yang berjaya dalam kerjaya mereka," katanya. - UTUSAN ONLINE