Perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Ainul Atiya Ahmad Sharizal, 18.

AINUL ATIYA
AINUL ATIYA 

Ainul Atiya berkata, penyerahan wang zakat kepada pondok di Pattani itu merupakan rutin bulanan ibu dan bapanya.

“Biasa mama dan papa ke Pattani bersama pemandu. Namun hari ini papa memberitahu dia mahu memandu sendiri kereta bersama mama.

“Kami (anak-anak) agak pelik dengan sikap papa kerana dia beria-ia mahu memandu kereta walaupun baru tiba dari Jakarta petang semalam,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka, di sini hari ini.

Ainul Atiya memberitahu, semalam mereka sekeluarga sempat berbuka puasa, makan colek dan bersahur bersama-sama sebelum Faziani dan suami keluar dari rumah pada pukul 7 pagi.

“Biasanya jika ke sana (Pattani) papa dan mama akan keluar rumah antara pukul 9 hingga 10 pagi,” ujarnya.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi waktu Thailand, Faziani maut manakala suaminya

Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Pattani.

Nahas itu membabitkan kereta jenis Toyota Estima dipandu Ahmad Shah Rizal dengan sebuah lori.

Jenazah Faziani dijangka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit, Wakaf Bharu secepat mungkin. - UTUSAN ONLINE