Allahyarham yang sedang menunaikan umrah bersama isteri dan empat anaknya dimasukan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut sejak malam kelmarin akibat komplikasi kencing manis.

Isteri arwah, Raihan Zaki Yusof mengesahkan pemergian suaminya melalui satu hantaran dalam laman facebook kira-kira pukul 8 malam tadi.

“Allah lebih mengasihi dia. Dijemput kembali ke rahmatullah di hari Jumaat, akhir Ramadan di tanah suci Mekah.

“Jam 2.45 petang waktu Saudi. Zaki Haji Ibrahim. Pemergian yang dicemburui. Kami reda pemergianmu,” katanya.

Allahyarham yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas negeri berada di tanah suci itu sejak seminggu lalu dan dijadualkan pulang pada 2 Syawal ini.

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan (DUN) tersebut atas tiket Pas selama tiga penggal berturut-turut bermula pada Pilihan Raya Umum ke-11.

Bagaimanapun arwah yang juga bekas Timbalan Speaker DUN Kelantan tidak bertanding pasa PRU lalu. - UTUSAN ONLINE