Haiwan comel itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah ini yang bergegas ke lokasi setelah dihubungi pemiliknya.

Pegawai APM Daerah, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada pengadu pada pukul 9.05 pagi.

Kata beliau, pengadu mendapati anak kucing itu terjatuh dalam lubang tandas namun dia gagal mengeluarkan haiwan tersebut kerana separuh badannya didapati tersangkut pada lubang terbabit.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati anak kucing itu hampir mati lemas.

“Kita mengambil masa tujuh minit untuk menyelamatkannya dengan cara menarik keluar badan anak kucing itu menggunakan alat penjerut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yussalmi, selepas dikeluarkan dari lubang tandas, anak kucing itu dibersihkan terlebih dahulu dan diserahkan semula kepada pemilik,” katanya. - UTUSAN ONLINE