Kumpulan tersebut turut mendakwa

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-44 PPK Kangkong dua hari selepas itu turut dicemari dengan amalan rasuah apabila wujudnya elemen 'membeli' undi perwakilan.

Wakilnya, Mustafha Samat berkata, unsur penyelewengan itu wujud apabila wang zakat Nafas yang diperuntukkan khas untuk golongan asnaf telah digunakan bagi menyogok perwakilan pada MAT lalu.

Menurutnya, para perwakilan telah diberi kupon berwarna merah dikatakan untuk ditukarkan dengan sampul yang berisi wang sebanyak RM200.

"Wang itu telah diagihkan ketika Program Kasih Peladang Kelantan di Lubok Jong pada 25 Julai lalu.

"Keputusan mengadakan bantahan aman itu dibuat selepas pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Peladang dan Unit Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang masih berdiam diri meskipun sudah sebulan aduan rasmi dikemukakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mustafha yang mewakili ahli PPK Kangkong turut menyerahkan memorandum mendesak supaya tindakan segera bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Memorandum itu telah diserahkan kepada Pegawai Pendaftar PPK Negeri Kelantan Fauziah Ismail.

Mustafha memberitahu, Program Kasih Peladang itu dibuat bertujuan menghalalkan cara bagi mendapatkan sebahagian wang zakat Nafas untuk kempen dan membeli undi perwakilan.

Katanya, sehuhungan itu ahli PPK Kangkong mendesak supaya siasatan segera berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan serta manipulasi wang zakat Nafas dijalankan.

Sementara itu, Ahli Jemaah Pengarah PPK Kangkong, Mohd Hisyamuddin Ghazali menyangkal dakwaan tersebut.

Katanya, apa yang dilakukan ini dilihat lebih bersifat politik apabila mereka membantah lantikan yang dibuat oleh pihak menteri.

"Untuk makluman, rogram itu dilangsungkan secara serentak membabitkan PPK Chetok, Kubang Bunut, Rantau Panjang, Kangkong dan Alor Mas.

“Kami juga sedia untuk mengambil tindakan undang-undang kepada penganjur demonstrasi sekiranya tidak membuat permohonan maaf terbuka kerana telah membuat kenyataan berbaur fitnah," katanya. - UTUSAN ONLINE