Pengurus Pemasaran Pengguna Milo Nestle Products Sdn. Bhd , Maria Murni Nur Azmi berkata, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran itu apabila sehingga kini sudah 89,000 peserta menyertai program yang bermula penghujung Jun lalu di Putrajaya diikuti Pulau Pinang, Batu Pahat, Kuantan dan terkini di Kota Bharu.

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai program Hari Sarapan Malaysia Milo di Padang Kompleks Sukan 2, Kam

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai program Hari Sarapan Malaysia Milo di Padang Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE

Beliau berkata, program dengan matlamat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memulakan hari dengan sarapan pagi sihat itu seterusnya akan menjelajah ke Kota Kinabalu, Sabah pada 4 Ogos sebelum melabuhkan tirai di Kuching, Sarawak pada 25 Ogos ini.

“Program kita yang kini memasuki tahun ketujuh penganjurannya mendapat sambutan menggalakkan dan menjadi acara yang ditunggu ramai saban tahun.

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai aktiviti senamrobik sempena Hari Sarapan Malaysia Milo di Padang K

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai aktiviti senamrobik sempena Hari Sarapan Malaysia Milo di Padang Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Malah peserta di Kota Bharu meningkat daripada 8,000 orang tahun lalu kepada 9,000 orang tahun ini yang datang daripada pelbagai peringkat umur,.

“Mereka bukan sahaja terdiri daripada penduduk negeri ini tetapi ada juga yang datang dari Terengganu,” katanya ketika ditemui di program Hari Sarapan Malaysia Milo di Padang Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

SEORANG peserta tidak melepaskan peluang menyertai demonstrasi tarian buluh sempena Hari Sarapan Mal

SEORANG peserta tidak melepaskan peluang menyertai demonstrasi tarian buluh sempena Hari Sarapan Malaysia Milo di Padang Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE

Program hari ini dimulakan dengan larian sejauh tiga kilometer sekitar kawasan kampus bermula pada pukul 7.30 pagi lagi.

Pelepasan para peserta larian telah disempurnakan Timbalan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Prof. Dr Adam Hussein.

Maria Murni berkata, selain acara larian, kempen menggerakkan gaya hidup aktif dalam kalangan keluarga iaitu Milo Aktif Negaraku menjadi pengisian penting program Hari Sarapan Malaysia Milo tahun ini apabila pelbagai aktiviti fizikal disediakan seperti senamrobik, bola keranjang arked, bola sepak sasaran dan futsal.

SEBAHAGIAN peserta tidak melepaskan peluang mendapatkan nasihat daripada pegawai dietetik sempena Ha

SEBAHAGIAN peserta tidak melepaskan peluang mendapatkan nasihat daripada pegawai dietetik sempena Hari Sarapan Malaysia Milo di Padang Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Peserta yang kebanyakannya datang bersama keluarga termasuk anak-anak kecil mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti sesi sarapan kreatif untuk berkongsi cara-cara menyediakan sarapan berkhasiat yang mudah,” katanya.

Sementara itu, Maria Murni berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) dengan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan sesi rundingan tentang diet dan penyakit.

Katanya lagi, pihaknya juga meneruskan kerjasama yang dimulakan dengan Food Aid Foundation (FAF) tahun lalu apabila sebahagian dana yang dikumpul dalam larian Hari Sarapan Malaysia Milo akan digunakan untuk membantu misi yayasan tersebut menyediakan sarapan pagi sihat kepada keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE