Pengarah program itu, Zurina Ripin berkata, peserta yang terlibat adalah murid sekolah, ketua-ketua panitia Pendidikan Islam dan jurulatih Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) sekolah yang berminat.

Menurutnya, program sehari itu dikendalikan hakim MTQ kebangsaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Mohd. Zukri Mohamed.

“Program ini bukan sekadar memenuhi cuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina tetapi lebih fokus kepada menimba ilmu asas taranum,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini.

Zurina berkata, peserta juga diberikan peluang mengalunkan ayat al-Quran mengikut format pertandingan MTQ yang ditetapkan di peringkat Kementerian Pendidikan.

“Ia adalah ruang dan peluang untuk membaca dengan baik sekurang-kurangnya tiga taranum wajib falam tempoh masa ditetapkan.

Zurina berkata, pendedahan teknik mudah dan cepat melatih peserta MTQ juga didedahkan kepada guru yang terlibat.

“Guru Pendidikan Islam juga dimantapkan kemahiran mengenal pasti bakat murid selain melatih merealisasikan anak didik mereka tampil juara,” katanya.