Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bukit Abal (Pkabas), Muhammad Yusri Ismail berkata, kumpulan asnaf yang dipilih oleh imam dan penghulu kampung diberi peluang memilih dua pasang pakaian untuk berhari raya.

Menurutnya, mereka terdiri daripada anak mukim kampung Bukit Abal; pekan Selising;?Kedai Menanti; Tualang Tinggi serta sebahagian lagi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal dan Limbongan.

“Pemilihan ini dibuat secara telus berasaskan kemiskinan hidup yang dipantau sendiri oleh imam dan penghulu yang terlibat.

“Kita berusaha mencari dana dan dermawan agar golongan asnaf turut ceria dan gembira sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Muhammad Yusri berkata, esok program yang sama akan diadakan di pasar raya ini dengan melibatkan 50 pelajar tahfiz al-Aitam memilih pakaian hari raya mereka secara percuma.

Katanya, Pkabas akan menyantuni pelajar tahfiz terlibat dalam majlis Iftar Ramadan bersama Pengurus Pasukan Langkawi Glory United, Mohd. Nor Mohd. Amin serta pegawai kanan agensi kerajaan persekutuan dan negeri di Restoran Amran, pada petang esok. - UTUSAN ONLINE