Kata-kata itu mungkin akan terus menjadi igauan ngeri buat Noorhasyelawati Yusoff, 37, ibu kepada dua beradik yang menjadi mangsa amukan seorang lelaki kenalan suaminya di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, di sini semalam.

Menurut Noorhasyelawati yang bersembunyi di rumah ibu saudaranya terletak berdekatan, dia terdengar suspek menjerit-jerit dengan ungkapan sedemikian sebaik sahaja membunuh kedua-dua anaknya.

MANGSA, Nurul Hanim Idris yang maut dalam kejadian dua kanak-kanak dikelar di Kampung Tengah, Jalan

MANGSA, Nurul Hanim Idris yang maut dalam kejadian dua kanak-kanak dikelar di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai di Yan, Kedah, hari ini. - UTUSAN ONLINE/FARIZ RUSADIO

Dalam tragedi berdarah kira-kira pukul 11.45 malam itu, Noorhasyelawati sedang tidur bersama-sama dua anaknya, Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz yang baru berusia setahun di dalam bilik mereka.

Manakala, seorang lagi anaknya, Mohammad Hakim, 7, tidur bersama neneknya, Jamilah Ismail, 60, di bilik bersebelahan sementara suaminya, Idris Saad, 47, keluar menangkap ikan di laut.

Menceritakan detik-detik mencemaskan itu, Noorhasyelawati berkata, dia terjaga setelah terdengar bunyi bising di luar bilik seperti seseorang yang sedang memanggil-manggil nama suaminya.

GAMBAR kenangan Noorhasyelawati Yusoff bersama anaknya, Mohammad Hafiz Idris dalam kejadian dua kana

GAMBAR kenangan Noorhasyelawati Yusoff bersama anaknya, Mohammad Hafiz Idris dalam kejadian dua kanak-kanak maut dikelar di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai di Yan, Kedah, hari ini. - UTUSAN ONLINE/FARIZ RUSADIO

“Saya terkejut kerana suara itu sangat dekat dan cuba keluar untuk periksa sebelum terlihat abang ipar (Soberi Saad, 52) yang tidur di bilik atas sudah dilibas lelaki itu dengan parang berhampiran tangga di ruang tamu.

“Dia kemudian nampak saya lalu menerpa ke arah saya pula sambil menghunus parang tetapi tersangkut langsir di pintu bilik. Saya tergamam dan terus berlari keluar untuk meminta tolong,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Nurul Hanim dan Mohammad Hafiz disahkan maut di tempat kejadian akibat dikelar dan ditetak suspek, manakala Soberi yang juga bapa saudara mereka menerima 10 jahitan di bahagian kiri muka.

SUSPEK yang ditangkap selepas mengelar dua kanak-kanak di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai di Yan,

SUSPEK yang ditangkap selepas mengelar dua kanak-kanak di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai di Yan, Kedah, hari ini. - UTUSAN ONLINE/FARIZ RUSADIO

Noorhasyelawati menambah, suspek dipercayai memasuki rumah mereka dengan menendang pintu dapur sebelum terus mengamuk sambil melibas-libas parang.

Katanya lagi, dia tidak mampu berbuat apa-apa sebaik sahaja melihat dua anaknya itu berlumuran darah dengan kesan seperti disembelih dan dikelar di bahagian belakang dalam bilik tidur mereka.

“Anak bongsu saya masih menyusu badan, manakala Nurul Hanim sudah memasuki tadika. Dua tiga hari ini memang saya rasa tak sedap hati dan macam berat nak tinggalkan mereka walaupun sekejap.

“Nasib baik lelaki itu tidak memasuki bilik satu lagi yang anak sulung (Mohammad Hakim) tidur, kalau tidak habis kesemua anak saya dia sembelih,” katanya yang juga seorang suri rumah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah berjaya diberkas tidak lama kemudian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE