Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SPRM sita aset RM9j

Tahan 29 individu dalam tempoh enam bulan

Mohd. Fauzi Mohamad (berdiri) melayan sebahagian daripada tetamu
Mohd. Fauzi Mohamad (berdiri) melayan sebahagian daripada tetamu yang hadir sempena majlis Jalinan Mesra Aidilfitri SPRM Kedah di Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR 12 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berjaya menahan 29 individu termasuk 12 pegawai kerajaan dan badan berkanun dengan rampasan wang serta sitaan harta hampir RM9 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata, trend kes yang disiasat SPRM dalam tempoh enam bulan dari Januari lalu lebih berprofil tinggi yang membawa nilai rampasan wang serta sitaan harta yang tinggi berbanding tahun lalu.

“Walaupun hasil pelaksanaan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) yang dilancarkan pada Mei lalu masih belum dapat dilihat namun melihat trend kes sofiskated yang siasatan kita pada tahun ini, jelas dilihat nilai rampasan harta yang diperoleh adalah lebih tinggi.

“Dalam tempoh enam bulan ini, sebanyak 29 individu ditahan SPRM dengan rampasan harta hampir mencecah RM9 juta. Bagi tempoh sama pada tahun lalu, sebanyak 44 individu ditahan de­ngan sitaan harta hampir RM2 juta,” katanya dalam Majlis Rumah Terbuka SPRM di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Fauzi berkata, siasatan terhadap dua anggota polis berpangkat koperal berusia 34 dan 37 tahun itu masih diteruskan walaupun kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan SPRM pada Sabtu lepas.

“Pada masa sama, kita juga masih menyiasat pengadu yang merupakan ah long berkenaan berhubung atas dakwaan memberi rasuah sebanyak RM1,290 kepada kedua-dua polis berkenaan pada 11 April lalu.

“Keadaan dua-dua kes ini adalah sama, kita masih menjalankan siasatan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM. Selepas siasatan lengkap, kita akan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada boleh meneruskan pendakwaan atau tidak,” ujarnya.

Akhbar pada 6 Julai lalu me­laporkan dua anggota polis yang menerima sijil penghargaan kerana menolak suapan ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes meminta rasuah sebanyak RM10,000 daripada ah long sebagai habuan untuk tidak mengambil tindakan ke atas pengadu terbabit.

Dua anggota polis daripada IPD Kuala Muda menerima sijil penghargaan atas tindakan menolak wang rasuah daripada dua lelaki yang membawa poster pinjaman wang ceti haram.

Dilaporkan kedua-duanya menolak wang rasuah RM1,290 yang ditawarkan selepas menahan ceti haram tersebut ketika melakukan rondaan harian di sekitar pusat beli belah terkenal di Bandar Amanjaya, di sini pada 11 April lepas.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain