Yang Dipertuanya, Rohaizad Rashid berkata, kempen itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pembayar cukai taksiran yang menjelaskan kesemua tunggakan sekiranya ada dan bayaran setahun bagi 2019.


“Hadiah utama cabutan bertuah adalah wang tunai sebanyak RM20,000, diikuti dua pemenang masing-masing RM10,000 dan lima lagi, RM5,000 setiap seorang.


“Kita juga akan memberikan hadiah bernilai RM3,000 untuk 10 orang pemenang dan RM1,000 lagi akan diberi kepada 30 orang pemenang. Cabutan bertuah ini hanya untuk pemilik kediaman sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurutnya, kempen tersebut adalah bagi mereka yang membuat bayaran sehingga 28 Februari ini.


“Sebelum ini, ada pemenang utama mendapat hadiah utama berupa kereta Perodua Axia dan sebanyak 80,000 pegangan cukai di daerah Kulim layak untuk menerima manfaat daripada kempen dilancarkan itu.


“Kali ini cabutan bertuah berupa wang tunai dan sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Kulim (MPK) ditalian 04-4325225. - UTUSAN ONLINE