Dalam mejadian pada pukul 2.48 pagi itu, ular sepanjang kira-kira 10 meter tersebut turut membaham 10 ekor ayam di dalam reban milik seorang penduduk.

Pegawai APM daerah, Leftenan Mohd. Shukri Shuib berkata, kejadian itu disedari penghuni rumah berdekatan reban tersebut yang mendengar kokokan kuat ayam.

“Setelah diperiksa, ular sawa itu sudah kekenyangan apabila dipercayai telah menelan sekurang-kurangnya 10 ekor ayam.

“Tiga orang anggota wanita kami mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menangkap reptilia itu menggunakan peralatan khas, malah ular berkenaan turut bertindak agresif walaupun sudah kekenyangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shukri, ular sawa tersebut merupakan yang terbesar dan terpanjang pernah ditangkap anggota APM Padang Terap sepanjang tahun ini.

Ujarnya, haiwan itu kemudian dibawa ke pejabat APM untuk mendapatkan perlindungan sementara sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). - UTUSAN ONLINE