Beliau berkata, perkahwinan tersebut berlaku setelah mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut.

“Pihak polis mendapati tiada pelanggaran jenayah seperti ugutan namun siasatan akan dijalankan mengikut oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 kerana berkahwin dengan kanak-kanak tanpa kebenaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Din berkata, siasatan dijalankan apabila isteri kedua lelaki tersebut yang berusia 34 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang semalam.

Jelasnya, lelaki tersebut hanya akan dipanggil polis untuk membantu siasatan sekiranya wujud unsur jenayah sahaja. - UTUSAN ONLINE