Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Zon Scientex 1, Wan Mohd. Hazan Amru Wan Hasbullah berkata, langkah itu merupakan peraturan baharu dan pembaharuan pihaknya dalam menjaga tadika kemas.

CHE Zakaria (tengah) mempengerusikan mesyuarat berkenaan dakwaan penutupan sekolah Tadika Kemas Tama

CHE Zakaria (tengah) mempengerusikan mesyuarat berkenaan dakwaan penutupan sekolah Tadika Kemas Taman Scientex di Pusat Khidmat  Masyarakat DUN Permas di Taman Dahlia, Pasir Gudang, Johor sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

“Tujuannya untuk keselamatan dan kunci dipegang penyelia atau guru tadika kemas sahaja, pihak luar seperti ahli MPPG atau wakil rakyat sekali pun tidak dibenarkan memegangnya.

“Ini adalah langkah pembaharuan kerana semasa kerajaan lama, kunci tadika kemas boleh dipegang pihak luar yang mempunyai kunci pendua dan ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas di Taman Dahlia di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd. Salleh.

Isu berkenaan penutupan sekolah tadika kemas itu menjadi tular dalam media sosial hingga mengakibatkan kemarahan warganet yang mendakwa MPPG kejam dan tidak berhati perut.

Wan Mohd. Hazan berkata, pihaknya tidak mahu mana-mana pihak masuk sesuka hati ke dalam kawasan tadika kemas dan keselamatan kanak-kanak adalah keutamaan kerajaan.

"Jadi selepas ini apabila ada pihak MPPG datang untuk menukar kunci mangga di tadika kemas, balai komuniti serta gelanggang futsal, kita harap janganlah ada yang terperanjat, tidak ada apa, ini hanya prosedur biasa," katanya.

Katanya, perkara itu juga tidak sepatutnya dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu yang menggunakan isu itu untuk meraih simpati dan mencipta kebencian. - UTUSAN ONLINE