Namun apabila pencemaran toksik pada 7 Mac lalu didedahkan, barulah tindakan diambil termasuk memburu dalang yang melakukannya itu pun selepas menjadi isu di seluruh negara.

Penduduk Kampung Pasir Putih di sini, Zulkarnain Hashim, 40-an, mendakwa sudah membuat aduan kepada pihak berkenaan sejak sekian lama tetapi tiada langsung tindakan susulan.

“Kira-kira 10 tahun lalu sudah puas saya membela nasib Sungai Kim Kim, masa tu tiada lagi sistem aduan melalui laman web kecuali menggunakan emel. Dalam email pelbagai luahan saya tulis sampailah akhirnya dapat berjumpa dengan pengawainya.

“Apa yang dikatakan pada saya waktu itu kenapa tidak mengikut saluran yang betul. Apa tidaknya apabila aduan tidak dilayan saya terus pergi ke Putrajaya mengadu hal ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pencemaran toksik di sungai tersebut sejak bemula sehingga kini melibatkan seramai 5,848 mangsa, daripada jumlah itu 951 dimasukkan dalam wad di hospital manakala 25 pula dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Zulkarnain berkata, semua maklumat dan bukti dilakukan pihak yang mencemarkan Sungai Kim Kim sudah dikemukan termasuk kesan signifikan terhadap manusia dan hidupan laut.

“Bagi saya apa yang berlaku sekarang adalah disebabkan sikap yang tidak proaktif dari badan bertanggungjawab. Sekarang kita boleh saksikan sendiri apa yang terjadi di Sungai Kim Kim serta tahap pencemarannya,” katanya.

Katanya, dahulu sungai itu menjadi tempat bagi kaki pancing namun kini selepas airnya bertukar menjadi kotor sudah tidak ada lagi yang pergi ke kawasan itu untuk memancing ikan.

Seorang nelayan, Mohd. Roslan Yusof, 53, berkata, pencemaran sungai itu bukanlah perkara baharu bagi penduduk setempat malah sudah berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

ROSLAN YUSOF

ROSLAN YUSOF

“Sejak sekian lama kami berdepan masalah pencemaran, ini bukan sekali dua terjadi. Kesannya, hasil tangkapan kami juga berkurangan dan ini menjejaskan pendapatan kami.

“Banyak aduan telah buat oleh pihak nelayan namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil, apabila bila timbul masalah pencemaran toksik ini barulah ada yang buka mata tentang perkara ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE