Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor,Tosrin Jarvanthi yang membuat saranan itu turut menggesa jabatan dan agensi di bawah portfolionya agar sama melakukan solat hajat.

“Saya ingin mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Johor, Tuan Kadi Daerah supaya malam esok kita adakan solat hajat besar-besaran di seluruh masjid di Johor.

“Marilah kita memohon kepada Allah supaya dijauhkan bala yang menimpa masyarakat di Pasir Gudang,” katanya ketikca berucap merasmikan Seminar Falak Kontemporari Peringkat Kebangsaan 2019 di Pusat Islam Iskandar di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha ini antara antara ikhtiar yang boleh dilakukan selain menggesa semua lapisan masyarakat mengambil iktibar dari insiden berkenaan dan menganggap segala ujian merupakan tanda kekuasaan Allah.-BERNAMA