Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri menerusi Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) menyediakan latihan diperlukan bagi mereka yang berminat.

Beliau yakin rakyat negeri ini mampu memenuhi permintaan tenaga kerja syarikat-syarikat luar yang melabur dalam projek tersebut.

“Saya yakin, rakyat Johor mampu penuhi permintaan pekerjaan yang meningkat dalam bidang kemahiran di negeri ini, khususnya sektor minyak dan gas.

“Apa yang perlu sekarang adalah individu itu perlu bersikap proaktif dengan mengambil pe­luang yang tersedia buat mereka,” katanya semasa menyaksikan maj­lis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara KPYPJ dengan 10 syarikat penyedia latihan yang terlibat dengan projek pembangunan di RAPID.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasan Belia, Sukan, Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Penera­ngan dan Kesihatan Johor, Datuk Ayub Rahmat dan Ketua Pengarah Eksekutif KPYPJ, Abdul Rashid A. Rahman.

Mohamed Khaled berkata, rakyat perlu merebut peluang pe­kerjaaan yang ada sebelum kekosongannya diambil pihak lain.

“Ada had kepada apa yang boleh dilakukan kerajaan, apa yang paling utama adalah individu itu sendiri,” tegasnya.