Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin berkata, sebaliknya perlu dilihat sebagai satu perkembangan positif politik tanah air.

“Kerjasama antara parti politik bukan sesuatu yang baharu dan kerjasama antara Pas dan UMNO ini ternyata telah menimbulkan fenomena baharu dalam arena politik tempatan.

“Ia perlu dilihat sebagai satu persaingan sihat kepada Pakatan Harapan (PH), sebagai mekanisme semak dan imbang dan bukannya sebagai ancaman kepada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Ceramah Perdana Penyatuan Ummah anjuran bersama-sama UMNO dan Pas di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad pula berkata, kepentingan khususnya rakyat negeri ini adalah mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Katanya, ini erana undang-undang tersebut merupakan mekanisme yang menjamin keadilan semua rakyat negeri ini tanpa mengira latar belakang mereka. - UTUSAN ONLINE