Mereka selesai menjalankan tugas masing-masing setelah seminggu ‘berkampung’ di pusat itu yang beroperasi selepas pusat rawatan sementara di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih dan Dewan Taman Mawar dipindahkan ke situ atas faktor keselamatan serta keselesaan.

Petugas antaranya terdiri daripada 331 anggota polis; 153 bomba; 60 Angkatan Tentera; 30 Petronas; Malaysia (ATM), 75 Kementerian Kesihatan; 47 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); 12 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan tujuh Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Sebelum ditutup, para petugas melakukan saringan pemeriksaan terakhir untuk mereka sendiri dan kunjungan terakhir diterima daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang melawat dan mengadakan sidang akhbar di situ.

PARA petugas mengemas peralatan dan barang masing-masing
PARA petugas mengemas peralatan dan barang masing-masing 

Selain itu, Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah yang terletak tidak sampai 1 kilometer dari pusat rawatan tersebut turut ditutup pukul 12 tengah hari ini selepas perkembangan pencemaran toksik semakin pulih.

Sejak semalam semua sidang akhbar diadakan di luar Menara Aqabah dan yang terakhir adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal kira-kira pada pukul 9 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE