Ketua Pengarah JAS, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim berkata, pihaknya juga akan pastikan semua lesen-lesen yang dikeluarkan kepada kilang berkenaan sebelum ini disemak semula pematuhannya.

“Kilang-kilang tersebut harus mematuhi syarat pelupusan toksik yang telah ditetapkan atau dilesenkan pihak JAS. Jika gagal patuhi kita akan kenakan kompuan.

“Kalau mereka lakukan kesalahan lagi kita akan kenakan tindakan mahkamah. Ini bagi memastikan

pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini tidak berulang,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih di sini sebentar tadi.

Yang turur hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh dan Pengarah JAS negeri, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim sejak 7 Mac lalu menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar di daerah ini. - UTUSAN ONLINE