Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, jumlah itu membabitkan pelajar yang dirawat di wad hospital dengan setiap pelajar akan dibayar RM25 sehari sepanjang mereka dirawat.

“Kita jangkakan lebih ramai pelajar akan menghantar borang permohonan takaful berikutan sekolah baharu dibuka hari ini,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan membayar pampasan kepada pelajar terjejas pencemaran berkenaan, Aminolhuda berkata, perkara itu masih belum diputuskan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2 di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan dan Pengetua SMK Pasir Gudang 2, Mahidah Kosnan.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan penutupan sebanyak 111 sekolah di sini berkuat kuasa serta-merta pada 13 Mac lalu akibat pencemaran sisa toksik berbahaya.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang berlarutan sejak 7 Mac lalu itu menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah. - UTUSAN ONLINE