Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat berkata, keadaan ter­sebut disebabkan pe­la­buran luar memba­wa sekali teknologi me­reka yang berlainan.

“Industri tidak bo­leh menggunakan tek­no­logi rendah atau tek­nologi terlalu tinggi yang mana tiada pekerja diperlukan dalam pasaran. Sesebuah industri bergantung kepada kepakaran kemahiran negara tersebut.

“Sekiranya teknologi yang digunakan terlalu rendah, maka berlakulah lebihan tenaga mahir dalam pasaran. Sekiranya tek­nologi terlalu tinggi pula akan wujud pula lebihan tenaga pasaran dan tidak dapat memenuhi pasaran pula.

“Di Johor sahaja, keadaan ini sudah berlaku. Pelaburan yang dibawa contohnya menggunakan pelbagai kepakaran dari negara luar. Keadaan ini menggambarkan seolah-olah ke­­pakaran tempatan tidak berkualiti dan tidak diperlukan dalam pasaran industri negara,” katanya.

Beliau berkata de­mikian ketika berucap sebelum majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dengan lapan rakan industri, bertujuan ber­kongsi kepakaran, kemudahan serta menyediakan peluang pe­kerjaan kepada gra­duan KYPJ setelah tamat pengajian di bangunan KYPJ di sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ), Abdul Rashid A. Rahman dan Ketua Eksekutif Kolej YPJ, Shahrim Adon.

Suhaizan berkata, masalah tersebut perlu diatasi dan ke­tika ini terdapat pihak industri yang menghantar lepasan ijazah ke luar negara sebagai usaha mendapatkan latihan kepakaran untuk mendalami teknologi yang diperlukan.