Kesemua tujuh buah tong berwarna biru itu dikatakan telah ditemui oleh penduduk kawasan tersebut sejak 14 Mac lalu.

Wakil penduduk, Ahmad Roh Ariffin, 51, berkata, penemuan tong yang mencurigakan oleh seorang penduduk taman itu telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa namun tiada sebarang tindakan diambil.

SEORANG penduduk menunjukkan beberapa tong disyaki mengandungi bahan kimia yang dibuang di kawasan s

SEORANG penduduk menunjukkan beberapa tong disyaki mengandungi bahan kimia yang dibuang di kawasan semak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ FARID JANUDIN

“Semasa ditemui, tong itu berbau seperti cuka tapi ia tidak dibuka kerana tidak tahu apa isi kandungannya.

“Hari ini saya laporkan terus perkara ini kepada pejabat Menteri Besar dan wakilnya telah datang untuk meninjau kawasan dengan bantuan polis,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi penemuan tong tersebut, di sini sebentar tadi.

Tiga daripada tong berkenaan ditemui dibuang dalam parit manakala empat lagi dijumpai di bawah jambatan anak sungai yang dipercayai bersambubg dengan Sungai Kim Kim.

Jelas Ahmad Roh, perkara itu juga telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk diambil tindakan.

Anggota polis mula memasang garisan kuning di kawasan tong yang dibuang dan disyaki mengandungi baha

ANGGOTA polis mula memasang garisan kuning di kawasan tong yang dibuang dan disyaki mengandungi bahan toksik berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (AMK) Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang, Johor, hari ini. -  UTUSAN ONLINE/ FARID JANUDIN

“Kita harap perkara ini dapat diambil tindakan segera dengan membersihkan kawasan itu supaya keadaannya tidak menjadi lebih parah,” ujarnya. - ONLINE