Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pukul 10.54 pagi sebelum menggerakkan lapan anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan BBP Muar di tempat kejadian, didapati ada berlaku kebocoran bahan kimia jenis Sodium Flourite di kilang tersebut.

“Daripada empat tong yang diperiksa, tiga daripadanya terdapat kebocoran. Kejadian yang berlaku ini tdak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebocoran bahan kimia

KEBOCORAN kimia jenis Sodium Flourite dikesan pihak bomba sebelum kerja-kerja pembersihan dilakukan di sebuah kilang di Tanjung Agas, Muar, Johor pagi tadi. - UTUSAN ONLINE/Ihsan Bomba

Rafiah berkata, pihak bomba masih berada di lokasi dan menunggu pihak kontraktor berlesen untuk membawa bahan tersebut untuk dilupuskan kerana bahan tersebut ada sisa yang telah digunakan. - UTUSAN ONLINE