Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, beberapa tapak pelupusan sampah terlibat dijangka tamat jangka hayatnya menjelang tahun depan.

“Ketika ini kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik untuk menangani perkara tersebut.

“Ini merupakan perkara yang perlu diberi perhatian serius, bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga setiap anggota masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Pra-pelancaran Kitar3cycle dan Kompos Sisa Makanan yang dianjurkan SWM Environment Sdn. Bhd. dan Tanah Sutera Development Sdn. Bhd. di Taman Sutera, Pulai, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE